Monday, July 13, 2009

Kesan Komunikasi Kepada pembentukan kendiri positif pada kanak-kanak

Cara dan bagaimana kita berinteraksi atau berkomunikasi dengan kanak-kanak mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap perkembangan konsep kendiri yang positif. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Komunikasi verbal adalah komunikasi secara lisan, manakala komunikasi non-verbal pula adalah komunikasi bukan lisan. Komunikasi non-verbal merupakan satu bentuk komunikasi yang dinyatakan melalui gerak tubuh badan, nada suara, jarak dan sebagainya. Contohnya memberi senyuman, menjegilkan mata, memasamkan muka, mengerutkan dahi dan menguatkan suara. Komunikasi non-verbal juga berfungsi sebagai metakomunikasi, iaitu komunikasi tentang mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, kanak-kanak mengatakan bahawa dia gembira dan kegembiraan ini dapat dilihat daripada riak wajahnya yang ceria.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, ahli-ahli psikologi percaya bahawa interaksi ibu bapa dan orang dewasa terhadap anak-anak melalui komunikasi verbal dan non-verbal akan memberi kesan terhadap pembentukan kendiri sama ada positif atau negatif. Berikut disenaraikan disenaraikan beberapa interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang positif, dan beberapa interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang negatif seperti yang dikemukakan oleh Kostelnik et al (2006).

Tingkah laku komunikasi dan Bagaimana Kanak-kanak menginterpretasikannya

1. Tunjukkan minat untuk bercakap dengan kanak-kanak
· Tidak membiarkan kanak-kanak bersendirian.
· Sekurang-kurangnya ada penjaga bersamanya.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya penting, ibu dan ayah beri
perhatian kepada saya.

2. Beri perhatian yang ikhlas
· Terima idea kanak-kanak.
· Benarkan kanak-kanak luahkan idea mereka.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai Saya berguna, Ibu bapa berminat dengan idea saya.

3. Berbudi bahasa dengan kanak-kanak
· Tidak menyampuk apabila kanak-kanak bercakap.
· Guna nada suara dan perkataan yang baik seperti mengucapkan terima kasih.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya boleh mempercayai ibu bapa.Saya seorang yang berguna.

4. Bincang mengenai kanak-kanak secara profesional
· Tidak melabel kanak-kanak.
· Menjaga air muka kanak-kanak, iaitu tidak berbincang sesuatu perkara mengenainya dengan orang lain yang tidak berkaitan.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya dihargai. Saya boleh mempercayai ibu bapa.

Berikut adalah contoh tingkahlaku komunikasi negatif dan bagaimana kanak-kanak mengintepretasikannya.

1. Tidak atau kurang menunjukkan minat untuk bercakap dengan kanak-kanak
· Tidak bercakap dengan kanak-kanak.
· Tidak pedulikan kanak-kanak.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Ibu bapa tidak menyukai saya. Saya tidak penting.

2. Menunjukkan perhatian yang tidak ikhlas
· Tidak memandang apabila bercakap.
· Tidak memberi perhatian terhadap perbualan kanak-kanak.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Ibu bapa tidak menyukai saya, Idea saya tidak penting.

3. Menyindir kanak-kanak
· Menggunakan perkataan yang negatif.
· Menggunakan nada suara yang negatif.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya bodoh. Saya tidak berguna.

4. Menggunakan perkataan yang berbentuk penilaian negatif
· Melabel dengan perkataan seperti bodoh dan malas.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya tidak berguna, saya bodoh

5. Mengkritik kanak-kanak
· Memberi fokus kepada perkara yang kanak-kanak tidak boleh lakukan.
· Marah apabila kanak-kanak gagal lakukan sesuatu perkara.
· Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya tidak akan berjaya sampai
bila-bila.

Petikan Modul Interaksi Sosial Kanak-Kanak
Dr Mahani Razali
Pn Nor Junainah Mohd Isa

2 comments: