Saturday, July 18, 2009

Erti Persahabatan pada Kanak-kanak


Sahabat merupakan orang yang rapat dan intim, boleh dipercayai, boleh dijadikan tempat bergantung, boleh menerima, berkongsi, mengambil berat, hampir dengan diri kita, dan merupakan individu yang kita suka. Dalam persahabatan, individu yang terlibat akan berkongsi norma dan peraturan yang sama dari segi apa yang patut dan tidak patut dilakukan antara mereka. Kanak-kanak menunjukkan kepelbagaian dalam perhubungan atau persahabatan antara satu sama lain samada semasa berada dalam bilik darjah atau di tempat penjagaan. Mereka mempunyai persahabatan yang diistilah sebagai kawan, sebagai kawan-kawan atau kawan sepermainan. Persahabatan atau perhubungan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan dan mempraktiskan kemahiran sosial mereka dan juga kemahiran persahabatan.

Kepentingan Persabahatan Di Kalangan Kanak-Kanak :-

· Sebagai sumber untuk mempraktiskan kemahiran sosial.
· Kanak-kanak yang kurang bergaul akan kehilangan peluang untuk membina keyakinan dalam diri.
· Tekanan dan rasa dipinggirkan akan dialami oleh kanak-kanak yang tidak berupaya membentuk persahabatan.
· Ponteng dan gejala sosial akan berlaku apabila kanak-kanak merasakan sekolah tidak lagi menarik untuk mereka.


BENTUK PERSAHABATAN DI KALANGAN KANAK-KANAK
Awal Kanak-Kanak
(13-24 Bulan)
Kanak-kanak pada tahap ini menunjukkan keupayaan untuk bertukar peranan semasa bermain.
Contohnya, kita dapat perhatikan kanak-kanak saling berlari dan bertukar mengejar antara satu sama lain, bertukar peranan semasa bermain sorok-sorok “hide and seek” dan saling bertukar permainan antara satu sama lain. Persahabatan yang agak stabil

Kanak-Kanak
(25-36 Bulan)
Pada tahap ini kanak-kanak biasanya banyak terlibat dengan permainan main peranan
(pretend play). Interaksi sosial berlaku kerana kanak-kanak memerlukan kawan atau sahabat supaya mereka boleh bermain dan beraksi mengikut peranan yang diditetapkan. Contohnya, apabila kita menyusun lima buah kerusi sederet seolah seperti sebuah bas mini, maka kanak-kanak pada tahap ini akan meminta salah salah seorang rakannya beraksi sebagai pemandu bas dan yang lainnya sebagai penumpang. Agak fleksibel dalam persahabatan

Pra Sekolah
(5-6 Tahun)
Pada tahap ini kanak-kanak telah mula memberi perhatian kepada kepada ciri-ciri tingkahlaku yang ada pada kanak-kanak lain yang akan dijadikan kawan atau sahabatnya. Kurang memerlukan pengawasan daripada orang dewasa berbanding dengan tahap sebelumnya. Memilih kawan yang sama jantina dalam persahabatan.Dapat membezakan antara sahabat dan kawan sepermainan

Persahabatan membolehkan kanak-kanak mengembangkan dan mempraktiskan kemahiran sosial mereka. Melalui persahabatan, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran sosial seperti bekerjasama, berkongsi, mengambil giliran, menyelesaikan masalah dan juga membantu antara satu sama lain. Ibubapa atau guru dapat membantu kanak-kanak membentuk persahabatan positif melalui aktiviti yang melibatkan interaksi dan komunikasi.
Petikan: Buku Interaksi Sosial Awal Kanak-kanak
Dr Mahani Razali
Pn Junainah Mohd Isa

2 comments:

  1. doktor bagaimana cara saye boleh mengukuhkan persahabatan saya?saya takut persahabatan kami terputus atau goyang ..tolonglah saya doktor.saya sangat sedih sekarang..jika doktor sudi bantu saya,tolong emelkan jawapan doktor ke syeera.zaky@gmail.com,tolong saya ye doktor...

    ReplyDelete
  2. Saya mempunyai dua orang anak (kembar) berumur 2 tahun. Apakah alat permainan yang sesuai bagi mereka? Memandangkan mereka sering berebut brg permainan..Terima kasih.

    ReplyDelete