Umur 3 hingga 6 bulan
Suka tersenyum dan mudah ketawa apabila diagah
Menangis apabila rasa sedih dan mula mencari perhatian
Boleh dan mudah dipujuk/belai
Menunjukkan rasa suka melalui pergerakan tangan dan kaki
Menunjukkan perasaan suka dan selesa apabila bersama dengan ibubapa/penjaga.
Makin suka mengajuk atau meniru orang lain
Aktiviti cadangan
Memadangkan ke arah bayi dengan penuh kasih sayang
Respon kepada bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dan bercakap-cakap dengan bayi
Mengangkat atau memeluk bayi yang menangis dan memberikan sentuhan yang lembut pada bayi. Jika tangisan bayi berlarutan, cuba tepuk dan usap belakangnya. Elakkan daripada mendukung bayi tersebut kecuali jika dia tidak langsung mampu mengawal emosinya.
Selalu memegang dan mendukung bayi dengan penuh kasih sayangBayi akan menunjukkan reaksi apabila ditunjukkan wajahnya di hadapan cermin.
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya.Hiaskan persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Bagi merangsang emosi (perasaan suka) bayi, lakukan aktiviti mudah seperti menggerakan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.
Selain dari itu cuba sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Perhatikan responnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.
Selain dari itu bagi bayi yang menangis pula, cuba elakkan dari membiarkan bayi tersebut keseorangan. Sebaiknya cuba pujuk bayi tersebut dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi bayi tersebut dengan mesra
Perdengarkan alunan zikir atau muzik yang lembut pada bayi anda
Dr Mahani Razali
MALIM SARJANA
No comments:
Post a Comment