Sunday, July 5, 2009

Bagaimana ibubapa dapat membantu perkembangan pembelajaran anak-anak semasa menonton TV

Kajian-kajian menunjukkan bahawa suasana atau persekitaran rumah memainkan peranan paling penting dan mempunyai kesan ke atas proses perkembangan pembelajaran anak-anak. Terdapat berbagai cara bagaimana ibubapa boleh mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran dirumah. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa yang dapat membantu perkembangan pembelajaran anak-anak semasa menonton TV.

Perkara yang boleh dilakukan semasa menonton Televisyen

  1. Tahu apa yang ditonton oleh kanak-kanak
  2. Cuba pilih cerita-cerita yang mempunyai nilai-nilai kekeluarga/nilai nilai murni
  3. Perhatikan apa yang membuatkan anak anda gembira, sedih, takut, muram dan sebagainya semasa menonton cerita tersebut.
  4. Cuba Tanya apa yang membuatkan anak anda gembira, sedih, takut, muram dan sebagainya semasa menonton cerita tersebut.
  5. Jangan cepat mengandaikan kanak-kanak faham apa yang dilihat atau ditonton dan juga sebaliknya iaitu jangan cepat mengandaikan anak tidak faham apa yang ditonton.
  6. Tanya anak dan jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang ditonton
  7. Cuba kaitkan apa yang ditonton dengan kehidupan harian kanak-kanak

Dr Mahani Razali

UPSI

.

1 comment:

  1. Dr mcm mana caranya utk kita pujuk kanak2 13 tahun ke atas atau untuk melarang dia daripada melakukan sesuatu contohnya .."kimi tak blh makan candy tu"

    ReplyDelete