Bayi yang baru lahir sudah boleh menunjukkan emosi – senyum, ketawa & menangis (suka & duka). Menjelang usia 6 bulan, perasaan duka bayi ini telah berkembang kepada perasaan emosi takut, jijik & marah yang dipelajari. Emosi kanak-kanak sukar dikawal kerana kurang matang & tidak faham tentang sesuatu situasi atau perasaan orang lain. Emosi bayi dinyatakan dengan kuat dan keras – lapar, letih, marah dan sfat imaginatif menguatkan lagi ekspresi emosi ini.
Tanda-tanda gangguan emosi yang ada pada bayi yang perlu diberi perhatian
· Menolak apabila cuba didukung atau dipeluk
· Susah untuk ditenangkan dan menangis tanpa sebab dalam tempoh masa yang agak
panjang
· Sukar untuk tidur atau makan (tidur terlalu lama atau terlalu sedikit dan makan samada
terlalu banyak atau terlalu sedikit)
· Jarang membuat ‘eye contact’ atau kerap mengelak dari membuat ‘eye contact’ dengan
ibubapa/penjaga
· Tidak menunjukkann tindakbalas apabila ibubapa cuba berinteraksi dengannya
· Jarang membuat bunyi seperti eh’ ah’ ‘uh dan oooo’ atau mengeluarkan sebarang bunyi.
· Mempunyai kebolehan yang terhad untuk mengawal emosi
· Menunjukkan sikap terlalu bergantung atau tidak mengindahkan ibubapa atau penjaga
· Tidak menunjukkan rasa takut atau curiga kepada orang yang tidak dikenali
· Tidak menunjukkan perasaan suka atau berminat pada orang atau benda disekelilingnya
Dipetik dari Modul I Keibubapaan:
Mahani Razali
Zainiah Mohd Isa
Kamarulzaman Awang
Mohd Aziz Shah
No comments:
Post a Comment