Wednesday, July 15, 2009

Membantu Anak Kecil Menghadapi Perpisahan


Separatiom anxiety adalah perasaan tertekan atau bimbang yang di alami oleh kanak-kanak apabila dipisahkan daripada penjaga terutamanya ibubapa. Situasi ini adalah suatu perkara yang normal yang berlaku pada semua kanak-kanak apabila dipisahkan daripada ibubapa. Semua kanak-kanak perlu belajar untuk berpisah atau ditinggal buat sementara waktu. Sekiranya pengalaman pertama pepisahan yang di alami oleh kanak-kanak dirancang dan diuruskan dengan baik, ia akan dapat membantu kanak-kanak untuk bersedia menghadapi situasi perpisahan pada masa-masa akan datang dalam kehidupannya.Berikut dicadangkan beberapa tips atau langkah yang perlu diberi perhatian oleh oleh ibubapa/penjaga bagi melatih anak-anak supaya tidak takut dengan perpisahan atau bersedia untuk ditinggalkan:-

1. Pastikan anak anda ditingalkan di tempat yang membuatkan anak anda berasa selesa, selamat dan ada penjaga/caregivers.

2. Sebelum ditinggalkan, sedapat mungkin bantu anak untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan dengan penjaga tersebut. Keadaan ini mungkin akan mengambil sedikit masa anda tetapi sebaik mungkin jangan tinggalkan anak anda dalam keadaan dia belum lagi rasa selamat selesa ditinggalkan dengan penjaga tersebut.

3. Beritahu pada kanak –kanak tersebut bahawa dia akan ditinggalkan. Jangan sekali-kali menipu kanak-kanak tersebut

4. Cuba tinggalkan anak dengan orang yang pernah dikenali oleh anak seperti jiran atau saudara mara terdekat yang selalu bermain dengan kanak-kanak tersebut.

5. Selalu ucapakan perkataan selamat tinggal atau perkataan salam pada anak walaupun dalam keadaan anak anda masih menangis. Gunakan perkataan yang sama setiap kali dia akan ditingalkan.Keadaan ini sebenarnya akan menimbul rasa percaya anak anda pada diri anda

6. Supaya anak anda lebih merasa selesa, tingalkkan bersama-samanya barang-barang yang disukainya seperti mainan, teddy atau selimut atau apa yang digemarinya.
7. Pamerkan tingkahlaku bahawa anda juga memahami perasaannya melalui kata-kata atau perbuatan seperti memeluk dengan penuh kasih sayang sebelum dia di tinggalkan

8. Cuba bantu anak untuk memahami bahawa anda akan kembali kepadanya dalam bentuk ucapan yang boleh difahaminya seperti ‘mama akan balik lepas makan tengah hari atau petang atau bila aiman dah bangun tidur’.

9. Seboleh mungkin cuba pulang pada masa yang dijanjikan. Jika tidak dapat, pastikan anda memberitahu penjaga anak anda supaya dia dapat memberi tahu anak anda. Jangan biarkan anak anda ternanti-nanti kehadiran anda sehingga dia tertidur.

10.Buat latihan perpisahan seperti bermaian Peek-a-Boo dan main Sorok-sorok. Permainan seperti sebenarnya membantu anak anda belajar bahawa anda tidak hilang dan akan kembali padanya.

11.Baca cerita-cerita yang mempunyai unsur perpisahan pada anda supaya dia lebih mudah memahami maksud perpisahan dan juga tahu bahawa kanak-kanak lain juga menghadapi situasi perpisahan.
Dr Mahani Razli
Malim Sarjana, UPSI

1 comment:

  1. salam dr:bagaimana memotivasikan diri meninggalkan anak pergi sambung belajar..lgpun saya belum habis pantang.skrg 26 hari..dengan asgment yg byk.pikir bby kecik..amat stress juge.

    ReplyDelete