Monday, July 6, 2009

Kanak-Kanak Perlu Bermain


Bermain dikatakan sebagai suatu pekerjaan kepada kanak-kanak . kanak-kanak akan bekerja keras dan kelihatan bersungguh-sungguh semasa membuat “pekerjaan” bermain dan kanak-kanak sebenarnya sedang belajar banyak perkara melalui bermain. Sehubungan dengan itu pengetahuan tentang bagaimana mendidik anak melalui Pendekatan belajar melalui bermain atau play pedagogy approach perlu diberi perhtian oleh ibubapa dan juga pendidik yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan belajar melalui bermain amat bertepatan dengan fitrah kanak-kanak iaitu mereka amat suka meneroka, aktif, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan amat suka berimaginasi .

Terdapat beberapa fakta yang perlu disedari oleh ibubapa tentang bermain dan kepentingannya kepada perkembangan kanak-kanak

Bermain boleh dikaitkan dengan sebarang aktiviti yang menyeronokkan samada secara berstruktur/dirancang atau tidak berstruktur/tidak dirancang kepada kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak sebenarnya berpeluang untuk membuat perwakilan mental bagi mewakili apa yang ada di dunia ini

Melalui bermain kanak-kanak sebenarnya menggabungnya ke semua jenis kemahiran iaiatu kemahiran social, emosi, kognitif, dan bahasa

Melalui bermain kanak-kanak melakukan benda/aktivti./perkara yang mereka minati dan secara tidak langsung mereka mempunyai motivasi semula jadi untuk belajar (Shonkoff & Phillips, 2000).


Melalui prentend play (main olok-olok) kanak-kanak mengembang kebolehan untuk menggunakan imaginasinya bagi mewakili objek,orang dan peristiwa …misalnya kanak-kanak mengembangkankan tangannya bagi mewakili rama-rama, meletakkan pisang ditelingan bagi memewakili telipoin dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa kebolehan kanak-kanak untuk berimaginasi bagi mewakili sesuatu perkara adaah penting atau asas kepada perkembangan awal literasi dan awal matematik (Jones & Cooper, 2006; Singer et al., 2003; Zigler, Singer & Bishop-Josef, 2004).


Semasa bermain kanak-kanak akan berinteraksi antara satu sama lain, bertolak ansur apabila berkongsi barang mainan, belajar , mendengar idea orang lain, mengawal perasaan marah atau kecewa dan jjuga belajar mengharagai dan bersimpati dengan org lain. Contohnya semasa main masak-masak atau main rumah-rumah apabila seorang kanak-kanak berlakon seolah-0lah menagis, kanak-kanak lain akan berlakon untuk memujuk menunjukkan rasa simpati. Kajian menunjukan bahawa kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bersosial yang baik serta mempunyai emosi yang stabil akan mempengaruhi pencapaian akademik dan juga dapat mengelak daripada terjerumus kepada aktivtti yang tidak sihat semasa remaja (Berk, Mann & Ogan, 2006; Fromberg, 2002; Shonkoff & Phillips, 2000).

Melalui bermain kanak-kanak dapat meluahkan perasaan seperti perasaan tertekan , sedih, merajuk dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang bermain biasanya mempunyai emosi yang kurang stabil dan banyak meragam

Perkara yang perlu difikirkan…..So if play is that important, why is it disappearing?
Dr Mahani Razali
MALIM SARJANA

No comments:

Post a Comment