Bayi dan kanak-kanak belajar memahami dunia dan persekitaran melalui interaksi dan perhubungan yang dilakukannya. Salah satu cara dalam berhubung dengan persekitaran adalah melalui aktiviti bermain. Oleh yang demikian, ibu bapa atau penjaga hendaklah menggalakkan bayi dan kanak-kanak bermain supaya mereka dapat memahami dan meneroka diri sendiri dan persekitaran dengan lebih baik.
Pada peringkat awal perkembangan, iaitu 6 bulan pertama, bayi bermain dengan anggota badannya seperti menggenggam tangan dan menggerakkan kaki. Melalui aktiviti ini, bayi dapat belajar dengan lebih dekat tentang anggota tubuhnya. Selain itu, bayi ini juga dapat belajar menggunakan otot-otot yang ada pada tangan dan kaki. Apabila bayi menggoncang loceng yang diberi oleh ibunya, dia dapat dilatih menggunakan deria pendengaran dan penglihatan. Aktiviti ini membolehkan bayi meneroka pelbagai bentuk bunyi dan memerhatikan pelbagai jenis bentuk barang permainan.
Menurut Jean Piaget kanak-kanak yang berumur 18 -24 bulan boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihatnya atau diperhatikannya. Sebelum peringkat ini , peniruan kanak-kanak kurang tepat, contohnya apabila kita menggerakkan jari kita seperti orang berjalan, kanak-kanak mungkin boleh buka-katup jarinya sahaja. Oleh sebab itu salah satu permainan yang digemari oleh kanak-kanak peringkat ini ialah Ba cak! (peekaboo). Selain itu kanak-kanak pada tahap ini kanak-kanak juga sudah boleh meniru tingkhalaku model yang tiada didepan matanya. Tingkahlaku tersebut telah dilihatnya beberapa jam yang lalui dan telah dismpan dalam ingatannya. Contohnya meniru tingkahlaku mengamuk (temper tantrum) rakannya setelah 24 jam peristiwa tersebut berlaku.
Bermain juga dapat membantu bayi dan kanak-kanak membentuk pemahaman bahasanya. Melalui interaksi yang dilakukan oleh ibu bapa ketika bermain, bayi dan kanak-kanak dapat mempelajari dan memahami bunyi-bunyi bahasa, penggunaan kata dan ayat dalam perbualan seharian. Apabila sudah boleh bercakap, kanak-kanak dapat menyatakan maksud dan kehendaknya dengan baik kerana perbendaharaan katanya adalah luas dan banyak.
Selain dapat membuatkan bayi dan kanak-kanak seronok, bermain juga dapat membentuk personaliti dan tingkahlaku yang baik dalam diri mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat dilatih untuk berkongsi barang permainan, sabar, memahami perasaan orang lain, dan menggunakan bahasa yang baik dalam perbualan. Melalui aktiviti bermain juga, konsep kendiri yang baik juga dapat dibentuk. Penerimaan dan penghargaan kendiri kanak-kanak yang baik turut dapat dipupuk sekiranya ibu bapa atau penjaga memberi bimbingan sepanjang aktiviti bermain itu dijalankan.
Dr Mahani
UPSI
4 hari kimi di nursery dia dh pandai memberontak kalau inginkan sesuatu..setiap kali balik rumah ada sahaja benda baru yang dibuat..adakah itu satu imitasi yang dilihat daripada rakan-rakan di sekeliling semasa di nursery..mama kagum dengan perkembangan kanak2 13 bulan ke atas..begitu cepat mereka mempelajari sesuatu
ReplyDeleteterima kasih. Tahniah! puan begitu peka dengan perubahan yang berlaku pada anak puan. Memang salah satu cara kanak-kanak bertingkahlaku adalah melalui peniruan terutamanya pada tingkahlaku yang diikuti dengan peneguhan atau ganjaran. Saya akan cuba menulis tentang bagaimana memberi ganjaran/peneguhan pada anak-anak kecil. Inshaallah!
ReplyDeletesaya nak kena paham tentang kanak2 laa nampaknya, supaya mudah dimasa depan sekiranya ada anak nanti..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah telah membukakan hati puan untuk membuka laman blog yang berkaitan dengan pendidikan dan perkembangan kanak-kanak yang begitu banyak memberi panduan kepada bakal ibu bapa,ibu bapa, bakal pendidik dan seterusnya pendidik yang sentiasa ikhlas dan ingin melihat anak bangsanya membesar dan berjaya dari semua segi..insyaAllah...
ReplyDeleteDisini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca laman blog ini, bahawa saya mempunyai seorang bayi yang kini berusia 8 bln, seawal usianya 3 bulan saya mengajarnya mencium dipipi dan alhamdulillah setelah beberapa kali mengulanginya dia boleh melakukannya apabila saya memberikan pipi saya ke mulutnya dia mencium dengan mengeluarkan bunyi. Kemudian semasa dia berusia 4 buln lebih saya banyak mengajarnya dengan menyebut perkataan yang terdapat disekelilingnya,alhamdulillah apabila saya menyebut berulangkali perkataan tersebut dia akan melhtnya. Sebelum keluar bekerja kami selalu memberikan lembaian kepadanya, dan tanpa kami sedari dia boleh meniru perlakuan kami. Seawal usianya 8 bulan dia juga boleh bersalaman dengan ayah dan ibunya setelah melihat contoh apabila saya bersalaman dengan suami sebelum keluar bekerja.
Dapatlah saya katakan disini, bayi mudah memahami dunia dan persekitaran melalui interaksi dan perhubungan disekelilingnya. Bukan kejayaan dalam pendidikan semata-mata yang seharusnya ingin dikecapi oleh ibu bapa tetapi penerapan nilai sosial dan kerohanian yang baik sedari kecil akan menentukan kejayaannya di masa depan kelak..insyaAllah. semoga hasil penulisan puan dapat membantu membuka minda ibu bapa di dunia ini..
terimaksih di atas sokongan yang diberikan. Inshaalah saya akan terus menulis bagi berkongsi pengalaman dan idea. Begitu teruja bila membaca perkembangan yang dilalui oleh anak saudara. Rasanya inirakaman pengalaman terindah detik-detik membesarkan seoarng yang bergelar anak oleh ibu dan dan ayah. Itulah juga hikmahnya kita disarankan sangat supaya membaca atau memperdengarkan pada anak ayat-ayat suci al-quran walaupun sewaktu masih dalam kandungan lagi...kerana bayi sebenarnya telah mula berkomunikasi! wasallam.
ReplyDeleteSalam puan,
ReplyDeleteSaya memang minat isu ni dari dulu lagi. Kini anak saya dah dewasa tetapi apa yang saya pelajari sebagai ibu dan pengalaman saya mendidik anak, saya tuliskan menjadi sebuah buku. Namun begitu semasa saya menulis buku saya tu ,saya belum pun berjumpa dgn blog ini,kalau tidak banyak yg dapat saya ambil dari puan sebagai pakar dlm pendidikan awal kanak-kanak ni utk diterapkan ke dlm buku saya tu.Sedikit masa lagi InsyaAllah saya akan menulis buku kedua saya,mungkin jika diizinkan saya akan dapatkan idea2 ilmiah dr blog puan ini.Buku pertama yg telah saya tulis tu tentang Rahsia Baby Pandai Baca sebuah ebook/buku digital.