Perapatan (attachment) dan Emosi Kanak-Kanak
Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.
Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.
Perapatan
Perapatan atau pertautan ialah “...reciprocal, enduring emotional tie between an infant and a caregiver, each of whom contributes to the quality of the relationship” (Papalia et al, 2004). Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.
Pembentukan Perapatan
Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.
Jenis Perapatan
Terdapat tiga jenis perapatan yang utama:-
a) perapatan selamat (secure attachment)
b) perapatan mengelak (avoidant attachment)
c) perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious/ambivalent attachment).
Fasa-Fasa Dalam Pembentukan Perapatan
Terdapat tiga jenis perapatan yang utama:-
a) perapatan selamat (secure attachment)
b) perapatan mengelak (avoidant attachment)
c) perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious/ambivalent attachment).
Fasa-Fasa Dalam Pembentukan Perapatan
Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan, iaitu:
• Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.
• Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya.
• Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya.
• Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.
Kesan Perapatan Terhadap Emosi
a) Perapatan penting kepada semua manusia. Bayi yang lahir perlukan jagaan daripada orang dewasa sama ada untuk mendapatkan makanan, membersihkan diri atau mendapatkan perlindungan emosi. Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga bukan sahaja membantu dalam proses perkembangan kognitif, malah mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral.
b) Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhi sejauhmana kanak-kanak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsep kendiri yang terbina melalui perapatan akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hingga dewasa kelak.
c) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.
d) Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri kanak-kanak. Begitu juga dengan bentuk perapatan yang lain. Sekiranya anak-anak memperoleh perapatan selamat, mereka juga akan mempamerkan sikap-sikap yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain.
d) Perapatan yang mengelak atau bimbang ketidaktentuan pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas, dan tidak menghormati orang lain. Mereka selalunya bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa personaliti individu bukan hanya dipengaruhi oleh perapatan semata-mata ttapi juga melibatkan aspek-aspek lain yang dialami sepanjang kehidupan seperti perceraian ibu bapa, kematian orang tersayang dan sebagainya.
Dipetik dari Buku :
Mengenali Emosi Kanak-Kanak
Mahani Razali
Nor Junainah Mohd Isa
Mahani Razali
Nor Junainah Mohd Isa
assalamulaikum,dr,
ReplyDeleteboleh bagi detail tentang buku ini..dan content perapatan di atas dari muka surat berapa? saya perlu untuk buat rujukan..
selamat malam puan. boleh terangkan teori di sebalik pertautan....
ReplyDelete