Thursday, July 2, 2009

Esteem Diri dan Kanak-Kanak!

Esteem diri atau Self Esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya sendiri. Wujudnya Esteem diri di kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Perkembangan Esteem diri samada postif atau negatif akan mempengaruhi kehidupan individu tersebut sepanjang hayatnya. Oleh itu, adalah penting bagi ibubapa atau guru membantu kanak-kanak untuk membentuk Esteem diri yang positif.


Beberapa Fakta Tentang Esteem diri Yang Perlu Diketahui Oleh Ibubapa/Penjaga/Pendidik


1. Kanak-kanak mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri seawal usia mereka lagi.

2. Kanak-kanak melihat kepada perbuatan atau tingkahlaku ibubapa atau orang-orang yang berada disekelilingnya sebagai bukti bahawa dirinya disayangi. Sekiranya bukti-bukti ini tidak diperolehi, Esteem diri yang rendah akan terbentuk.

3. Esteem diri mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi, iaitu percaya bahawa dia mempunyai kebolehan biasanya akan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah.

4. Esteem diri mempengarahui bagaimana kanak-kanak tersebut berhubung dengan orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi akan mempunyai hubungan yang baik dengan orang di sekelilingnya. Sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan mempunyai masalah untuk berhubung dengan orang lain.

5. Esteem diri mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri tinggi.

6. Gaya asuhan yang diterima dari ibubapa akan mempengaruhi pembentukan self esteem kanak-kanak.


7. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah selalu mempunyai masalah atau berkonflik dengan ibubapa atau penjaga, dan juga dengan rakan sebaya.

pANDuan bagi mENINGKATKAN Esteem diri kanak-KANAK

1.Berikut adalah cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pembentukan self esteem yang positif di kalangan kanak-kanak.

2.Memberi pujian kepada anak-anak.

3.Beri perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak samada dalam bentuk fizikal atau melalui perkatan

4.Layan dan menghormati kanak-kanak.

5.Konsisten apabila memberi peraturan atau arahan kepada kanak-kanak.

6.Jadilah role model kepada kanak-kanak.

7.Dengar dan berilah respon apabila bercakap dengan kanak-kanak.

8.Tepati janji yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya apabila berjanji untuk memberi hadiah, maka hendaklah ditunaikan. Apabila janji tidak ditunaikan, kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak penting dan tidak dihargai.

9.Jangan biarkan kanak-kanak mengkritik diri mereka sendiri.

Petikan Modul I Keibubapaan:

Mahani Razali

Zainiah Mohd Isa

Kamarulzaman Awang

Mohd Aziz Shah

No comments:

Post a Comment