Aktiviti Yang Dapat Membantu Ke Arah Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Yang Positif :-
Peringkat awal bayi 0-3 bulan
• Mula memandang ke arah wajah ibubapa - penjaga
• Menunjukkan reaksi apabila mendengar suara
• Menangis, senyum dan sudah mula mengeluarkan .
• Menunjukkan rasa selesa apabila diangkat atau
dipeluk.
Aktiviti cadangan
• Ibubapa/penjaga dicadangkan kerap memeluk bayi kerana keadaan akan dapat menimbulkan rasa selesa dan selamat pada bayi dan secara tidak langsung akan membantu perkembangan emosi yang sihat
• Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang. Keadaan ini akan menyebabkan bayi merasa selamat dan akan menstabilkan emosinya.
• Menyentuh bayi dengan lembut dan membuat urutan pada badan bayi. Bayi akan merasa tenang dan selesa apabila diurut.