Monday, October 19, 2009

Emosi dan Kanak-Kanak

Emosi diskrit merupakan emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka- seperti suka,terkejut,takut,marah ,sedih atau duka dan minat yang dipercayai timbul pada peringkat awal masa bayi. Pada usia bayi berumur kurang dari tiga bulan,bayi sudah pandai senyum kepada penjaganya.Kegembiraan terukir pada awalnya dengan senyuman dan kemudian ketawa dengan girang.Bayi tersenyum dan ketawa apabila mereka dapat menguasai kemahiran baru dan sebagainya.

Emosi juga mempengaruhi kesihatan fizikal kanak-kanak.Apabila kanak-kanak mengalami tekanan psikologikal,mereka akan mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada bayi hingga dewasa.Seterusnya Stress boleh perlahankan aktiviti penghadaman dan kanak-kanak akan berisiko untuk sembelit,cirit-birit dan ulser(Donatelle&Davis,2000;Friedman,2002)

Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih-sayang akan kurang juga rasa kasih-sayangnya pada orang lain apabila dewasa

Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan yang seimbang mudah terarah kepada penyakit

Kanak-kanak mempunyai perasaan malu sekiranya ditegur oleh ibu atau penjaganya.Semua ini dikenali sebagai emosi perasaan malu(self-conscious) dan dalam jangka panjang boleh memudaratkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.(Saarni & Mumme ,&Campos ,1998).Mula dapat dilihat pada 18-24 bulan cth:menyorokkan muka gunakan tangan
(Barrett,1998;Lewis et al.,1989).




Dr Mahani Razali
IPSI

Tuesday, October 13, 2009

Bermain dan Kanak-kanak

Bagi kanak-kanak = bermain merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang hari. “ Playing is living and living is playing” iaitu menganggap aktiviti bermain sebagai kehidupan mereka, dan kehidupan adalah dengan bermain

Faedah-faedah bermain kepada kanak-kanak

1. Membina kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak
2. Membina kemahiran bahasa
3. Membina kemahiran berfikir
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
5. Kebolehan merancang dan menyelesaikan masalah
6. Berimaginasi dan kreatif
7. Kanak-kanak dapat belajar untuk mengambil giliran,kongsi tanggungjawab dan
menyelesaikan masalah dengan kreatif
8. Meningkatkan empati
9. Memahami perasaan orang lain
10. Bina keyakinan diri
11. Kanak-kanak boleh mengajuk dengan baik apa yang dikatakan oleh ahli keluarga
dan guru
12. Dapat perkataan baru semasa bermain
13. Dapat belajar perkataan yang membantu kanak-kanak dalam mencipta cerita dan
permainan
14. Membantu dalam proses membaca dan menulis kelak
15. Tambah perbendaharaan kata apabila bermain secara tematik
16. Dalam masa yang sama mereka mengajar perkataan-perkataan baru
17. Mereka dapat belajar tentang komunikasi apabila berbincang idea bermain
dalam situasi yang pelbagai
18. Apabila sekumpulan kanak-kanak bermain bersama mereka dapat berkongsi
pengalaman antara satu sama lain

Dr Mahani
UPSI