Sunday, May 24, 2015
Homeschooling
[HOMESCHOOLING]
Homeschooling adalah satu konsep di mana menjadkan rumah adalah sekolah. Konsep homeschooling lama mendapat tempat dinegara barat dan kini menjadi satu trend di Malaysia. Kajian menunjukan bahawa banyak manfaat terhasil dari homeschooling seperti wujud hubungan yang lebih erat antara kanak-kanak dan ibubapa serta adik beradik yang lain. Selain dari itu kanak-kanak belajar dalam suasana yang lebuh santai dan relak yang yang menyebabkan mereka lebih kreatif dan mempunyai lebih banyak masa berfikir.
Buku 80 aktiviti kreatif ini dibangunkan bagi ibubapa dan pendidik menjalankan aktiviti yang menarik dan sesuai utk kanak-kanak. Dapatkan SEGERA pada harga preorder istimewa. watsup 0195276567/0132101879
Saturday, May 23, 2015
Jadual Day Care!
Thursday, May 21, 2015
emosi bayi 0-3 bulan
Aktiviti Yang Dapat Membantu Ke Arah Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Yang Positif :-
Peringkat awal bayi 0-3 bulan
• Mula memandang ke arah wajah ibubapa - penjaga
• Menunjukkan reaksi apabila mendengar suara
• Menangis, senyum dan sudah mula mengeluarkan .
• Menunjukkan rasa selesa apabila diangkat atau
dipeluk.
Aktiviti cadangan
• Ibubapa/penjaga dicadangkan kerap memeluk bayi kerana keadaan akan dapat menimbulkan rasa selesa dan selamat pada bayi dan secara tidak langsung akan membantu perkembangan emosi yang sihat
• Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang. Keadaan ini akan menyebabkan bayi merasa selamat dan akan menstabilkan emosinya.
• Menyentuh bayi dengan lembut dan membuat urutan pada badan bayi. Bayi akan merasa tenang dan selesa apabila diurut.
Wednesday, October 6, 2010
Bengkel Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Siri 1
Assalamualaikum Wrkth.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang berminat, bengkel ini akan di adakan di hotel Hillcity Ipoh pada ahad 24 Oktober 2010
Bagi maklumat lanjut sila hubungi Pn Bongsu 012 5655606 dan En azli 0192778697. Tempat adalah terhad.
Dr Mahani

Monday, October 19, 2009
Emosi dan Kanak-Kanak
Emosi diskrit merupakan emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka- seperti suka,terkejut,takut,marah ,sedih atau duka dan minat yang dipercayai timbul pada peringkat awal masa bayi. Pada usia bayi berumur kurang dari tiga bulan,bayi sudah pandai senyum kepada penjaganya.Kegembiraan terukir pada awalnya dengan senyuman dan kemudian ketawa dengan girang.Bayi tersenyum dan ketawa apabila mereka dapat menguasai kemahiran baru dan sebagainya.
Emosi juga mempengaruhi kesihatan fizikal kanak-kanak.Apabila kanak-kanak mengalami tekanan psikologikal,mereka akan mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada bayi hingga dewasa.Seterusnya Stress boleh perlahankan aktiviti penghadaman dan kanak-kanak akan berisiko untuk sembelit,cirit-birit dan ulser(Donatelle&Davis,2000;Friedman,2002)
Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih-sayang akan kurang juga rasa kasih-sayangnya pada orang lain apabila dewasa
Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan yang seimbang mudah terarah kepada penyakit
Kanak-kanak mempunyai perasaan malu sekiranya ditegur oleh ibu atau penjaganya.Semua ini dikenali sebagai emosi perasaan malu(self-conscious) dan dalam jangka panjang boleh memudaratkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.(Saarni & Mumme ,&Campos ,1998).Mula dapat dilihat pada 18-24 bulan cth:menyorokkan muka gunakan tangan
(Barrett,1998;Lewis et al.,1989).
Dr Mahani Razali
IPSI

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Dr. Mahani Razali
- Ph.D (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak mahani@fskpm.upsi.edu.my